
Katanya, perbuatan itu tidak seharusnya berlaku di sekolah.
“Saya masih belum dapat laporan penuh berkaitan kes terbabit, jadi belum tahu keadaan sebenar yang menyebabkan perkara itu terjadi. Tetapi kalau mengikut peraturan sekolah, pelajar terbabit tetap bersalah kerana memukul guru,” katanya kepada pemberita hari ini.
Mengulas lanjut, Mahdzir berpandangan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang bertindak di luar kawalan, termasuk pengaruh teknologi maklumat dan persekitaran.
“Pengaruh-pengaruh ini berbahaya, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia boleh menyumbang kepada kes tidak diingini seperti kes murid pukul guru ini,” katanya.
Dalam kejadian 11 Ogos lalu, seorang guru wanita mengalami keretakan jari tangan, selepas dipukul dengan kerusi oleh seorang pelajar tingkatan 2.
Pelajar tersebut dikatakan tidak puas hati selepas ditegur guru berkenaan kerana menggunakan kata-kata kasar di dalam kelas.