
Perkara itu dinyatakan Trump menerusi Twitternya, susulan tindakan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menangguhkan keputusan membedil peluru berpandu ke Guam.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert berkata, tiada pihak di dunia yang ingin melihat Korea Utara meneruskan rancangannya bukan sahaja terhadap wilayah AS, tetapi juga negara lain, termasuk sekutu AS.
Minggu lepas, tentera Korea Utara berkata, terdapat perancangan melancarkan 4 peluru berpandu balistik ke perairan sekitar Guam tengah bulan ini dan pelaksanaan itu bergantung kepada keputusan Kim.
Penangguhan dipercayai ekoran amaran AS kepada Korea Utara “lebih baik Korea Utara tidak membuat sebarang ancaman lagi ke atas AS”.
Agensi berita rasmi, KCNA pada Selasa melaporkan Kim meneliti semula rancangannya ketika melawat Komando Angkatan Strategik Tentera Rakyat Korea.