Malaysia di tempat ke-63 kelajuan internet global

Malaysia di tempat ke-63 kelajuan internet global

Penduduk Singapura hanya memerlukan 18 minit 34 saat untuk memuat turun sebuah filem HD 7.5GB, manakala filem sama mengambil masa 2 jam 33 minit 3 saat untuk dimuat turun di Malaysia.

hi-speed-internet-1
PETALING JAYA: Singapura mendahului semua negara lain di dunia, termasuk Malaysia dari segi kelajuan internet dengan rekod muat turun paling laju 55.13Mbps.

Berdasarkan data M-Lab, perkongsian antara Institut Teknologi Terbuka Amerika, Kajian Sumber Terbuka Google dan PlanetLab di Universiti Princeton, Malaysia menduduki tangga ke-63 dengan kelajuan muat turun 6.69Mbps.

Ini bermakna, penduduk Singapura hanya memerlukan 18 minit 34 saat untuk memuat turun sebuah filem HD 7.5GB, manakala filem sama mengambil masa 2 jam 33 minit 3 saat untuk dimuat turun di Malaysia.

Kajian lebih 12 bulan yang dijalankan di 189 negara sehingga Mei lalu itu, membabitkan lebih 63 juta ujian kelajuan jalur lebar.

Selain Singapura, prestasi Malaysia lebih baik daripada kebanyakan negara jiran di Asean selepas Thailand yang berada di kedudukan ke-29, dengan kelajuan internet 16.85Mbps.

Malaysia mendahului Vietnam yang berada di tempat ke-74 dengan 5.46Mbps, Indonesia ke-75 (5.19Mbps), Brunei ke-86 (3.83Mbps), Filipina ke-87 (3.69Mbps), Kemboja ke-98 (3.1Mbps), Myanmar ke-118 (2.09Mbps) dan Laos ke-124 (1.94Mbps).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.