ADUN Rengit Ayub nafi keluar Umno sertai PPBM

ADUN Rengit Ayub nafi keluar Umno sertai PPBM

Ayub berkata kenyataan yang dikeluarkan laman sosial pembangkang berniat jahat.

ayub-jamil_umno_600
JOHOR BAHRU:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit Ayub Jamil hari ini menafikan dakwaan dirinya akan melompat parti daripada Umno dan menyertai PPBM di sini.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan laman sosial pembangkang itu berniat jahat.

“Kenyataan tersebut menyatakan bahawa Ketua Bahagian PPBM Batu Pahat Mohd Zaid Mohd Yusof telah beberapa kali berjumpa dengan ADUN berkenaan (saya) untuk mengadakan perbincangan.

“Semua perkara yang dinyatakan tersebut adalah fitnah, menggunakan pendekatan politik murahan. Saya tidak pernah sekalipun berjumpa, jauh sekali berbincang dengan pihak itu (pembangkang),” katanya.

Beliau berkata, keutamaannya kini adalah membantu rakyat sepertimana yang diamanahkan kepadanya oleh Umno.

Semalam, laman sosial pembangkang memuat naik kenyataan yang menyebut bahawa Ayub akan berhijrah ke PPBM dan telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi merangka strategi yang lebih tersusun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.