Sekolah untuk semua, timbalan menteri jawab isu cawan

Sekolah untuk semua, timbalan menteri jawab isu cawan

Sebuah sekolah di Hulu Langat menyediakan cawan asing di dispenser air minuman dengan label "MURID ISLAM" dan "MURID BUKAN ISLAM".

Chong-Sin-Woon-3
PETALING JAYA:
Setiap sekolah termasuk sekolah kebangsaan merupakan tempat untuk semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon.

Menjawab isu pengasingan cawan di sebuah sekolah di Selangor, beliau berkata, pihaknya sedang menunggu penjelasan daripada Jabatan Pendidikan negeri.

“Sedang menunggu penjelasan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Sekolah kebangsaan merupakan sekolah untuk semua tanpa mengira kaum dan agama,” katanya ringkas kepada FMT.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri di Hulu Langat mengasingkan bekas minuman pelajar Islam dan bukan Islam.

Pemeriksaan FMT mengesahkan gambar tersebar di laman sosial di mana sekolah tersebut menyediakan cawan asing di dispenser air minuman dengan label “MURID ISLAM” dan “MURID BUKAN ISLAM”.

Bagaimanapun, usaha FMT mendapatkan penjelasan sekolah tidak berjaya kerana pihak sekolah enggan memberi sebarang komen mengenai tindakan pengasingan cawan berkenaan.

Pelbagai pihak termasuk ahli G25, Johan Arriffin mengecam amalan seumpama itu.

Mengulas isu itu, Johan berkata beliau khuatir dengan hala tuju Islam di negara.

Johan berkata, apa yang penting dalam isu halal adalah kebersihan dan tidak mengira sama ada cawan itu digunakan bukan Islam atau Islam.

“Dengan cawan, kamu basuh sehingga bersih. Tidak kira sama ada cawan itu digunakan seorang Islam atau bukan Islam. Menyediakan cawan asing sesuatu yang bodoh,” katanya.

Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa menyifatkan pengasingan cawan sebagai “malang”, kerana dispenser air minuman memberi peluang kepada orang Islam dan bukan Islam berkongsi sesuatu dan sepatutnya berkongsi sesuatu tidak salah.

Mujahid berkata, dasar pengasingan cawan ini “amalan keras” yang boleh mengakibatkan masalah lain dan “Islam tidak meminta perkara ini.”

Sekolah dikecam kerana asingkan cawan orang Islam, bukan Islam

‘Bodoh’ asingkan cawan murid Islam, bukan Islam, kata G25

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.