Saya masih 40, kata Anwar di sambutan hari lahir

Saya masih 40, kata Anwar di sambutan hari lahir

Penyokong menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' kepada ahli politik yang meraikan hari kelahiran yang ke-70 tahun ini.

anwar-makamah
KUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini disambut dengan acara sambutan hari kelahiran ringkas semasa menghadiri perbicaraan fitnah anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar.

Namun pemimpin politik itu, yang meraikan hari kelahiran yang ke-70 tahun ini, tegas mengatakan usianya tidak berubah sejak 30 tahun dulu.

“Bila kamu tanya usia saya, saya jawab 40,” kata Anwar kepada para penyokong yang menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Kamu” sambil pengiring keselamatan cuba menghalang orang ramai mengambil gambar.

cake-anwar“Saya tak boleh beritahu usia sebenar kerana ada ramai gadis di sini.”

Anwar merupakan saksi dalam saman Nurul Izzah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Nurul Izzah menyaman mereka berhubung dakwaan beliau melakukan “khianat” kerana bertemu Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III, yang mengaku dirinya pemerintah Kesultanan Sulu yang mengepalai pencerobohan bersenjata di Sabah pada awal 2013, menyebabkan kematian berpuluh pengikut dan pasukan keselamatan.

Nurul Izzah bertemu Jacel semasa melawat Filipina.

Khalid dan Ismail 2 kali gagal membatalkan samannya tahun lepas, dan gagal mencapai suatu penyelesaian di luar mahkamah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.