Anjing dan kucing Perak dilarang masuk Pulau Pinang

Anjing dan kucing Perak dilarang masuk Pulau Pinang

Exco Pulau Pinang, Afif Bahardin berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan melakukan sekatan jalan di sempadan negeri di Seberang Perai bagi mengelakkan penularan wabak rabies ke negeri itu.

Pengarah JPV Pulau Pinang, Dr Dr Siti Salmiyah Tahir menggesa pemilik mendapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia atau pasport haiwan untuk haiwan peliharaan mereka.
Pengarah JPV Pulau Pinang, Dr Dr Siti Salmiyah Tahir menggesa pemilik mendapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia atau pasport haiwan untuk haiwan peliharaan mereka.
BUTTERWORTH:
Pihak berkuasa yang mengawal haiwan di Pulau Pinang akan menyekat kemasukan anjing dan kucing dari Perak, selepas jangkitan rabies atau penyakit anjing gila dikesan di Kuala Sepetang, baru-baru ini.

Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, sekatan jalan akan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di Seberang Perai, sempadan negeri itu.

“Kami dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya untuk menyekat sebarang kemasukan mamalia yang dijangkiti rabies ke negeri ini.

rabies2

“Pulau Pinang bebas daripada jangkitan rabies sejak 2 tahun lalu, tetapi kami menggalakkan pemilik mendapatkan vaksin untuk haiwan peliharaan mereka.

“Kami juga menyarankan kurangkan kegiatan sosial haiwan peliharaan anda dengan haiwan lain,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JPV negeri di Bukit Tengah hari ini.

Beliau turut menggesa pemilik membawa haiwan peliharaan mereka mendapatkan vaksin di pejabat JPV di Bukit Tengah atau Jalan Gurdwara di George Town pada harga RM5. Klinik swasta biasanya mengenakan bayaran hampir RM100.

Katanya, pemilik haiwan peliharaan juga digesa mendapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia atau pasport haiwan pada harga diskaun RM7 (bayaran biasa RM35), termasuk mikrocip yang akan ditanam di bawah kulit haiwan melalui suntikan.

“Nasihat saya kepada orang ramai, jika anda digigit atau mempunyai sentuhan dengan mamalia, khasnya anjing, sila dapatkan rawatan segera atau buat laporan polis.

“Sila laporkan sebarang pergerakan anjing liar di kawasan anda kepada pihak berkuasa tempatan.”

Pegawai JPV Pulau Pinang menunjukkan sebotol vaksin rabies.
Pegawai JPV Pulau Pinang menunjukkan sebotol vaksin rabies.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Operasi Rabies JPV di talian 04-5041047 untuk melaporkan sebarang insiden luar biasa anjing atau haiwan peliharaan lain.

Afif berkata, gejala rabies ialah pengaliran air liur berlebihan daripada mulut anjing.

Katanya, jika manusia menyentuh air liur itu, ia boleh mendatangkan maut. Penyakit itu berpunca daripada Lysavirus yang menyerang sel otak manusia dan boleh menyebabkan kerosakan saraf jika tidak dirawat segera.

Gejala lain yang mungkin dialami manusia termasuk demam, sakit otot, insomnia, gangguan mental dan bertindak agresif.

Beliau berkata, 241 sampel otak anjing di Pulau Pinang diuji sejak Januari sehingga kini dan tiada jangkitan rabies ditemui.

Katanya, 5,927 ekor anjing berlesen di Seberang Perai dan 798 ekor anjing berlesen di Pulau Pinang sudah diberikan vaksin.

Beliau mengingatkan pemilik haiwan peliharaan supaya mendapatkan suntikan penggalak vaksin setiap tahun untuk memastikan haiwan peliharaan mereka sihat.

“Mereka yang tidak memberi vaksin kepada haiwan peliharaan boleh dikenakan denda RM5,000 mengikut undang-undang persekutuan,” katanya.

Statistik JPV menunjukkan terdapat anggaran 10,000 ekor anjing di Pulau Pinang, dengan kebanyakannya di tanah besar Pulau Pinang.

Dalam penularan wabak rabies sebelum ini, JPV membunuh lebih 2,000 anjing liar di negeri itu. Kes terakhir yang dilaporkan berlaku di Balik Pulau pada 21 September 2015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.