
Beliau menyalahkan defisit itu disebabkan penurunan mendadak dalam perbelanjaan promosi daripada RM200 juta sebelum ini kepada RM110 juta tahun ini.
Kesusutan nilai ringgit juga menyebabkan promosi Malaysia lebih mahal di luar negara, katanya.
“Apa yang bernilai RM100 juta pada 2011 sekarang bernilai lebih rendah, mungkin separuh.
“Kami tidak boleh hentikan promosi. Tidak kira sama ada kita mempunyai wang atau tidak, ia perlu diteruskan. Dalam beberapa kes, seperti jika kita mahu memasang papan iklan di China, kita perlu membuat tempahan.
“Kita tidak boleh berkata ‘tunggu sehingga saya mempunyai wang’. Kita perlu yakin apabila membuat tempahan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Nazri berharap cukai pelancongan akan dilaksanakan tidak lama lagi untuk menyelesaikan masalah kementerian itu.
“Dengan cukai ini, kita boleh mengumpul dana lebih daripada secukupnya, insyaAllah,” katanya.
Cukai pelancongan pada asalnya dirancang berkuatkuasa 1 Julai namun ditangguhkan kerana bantahan daripada ejen industri pelancongan serta kerajaan Sarawak dan Sabah.
Bulan lalu, China Press melaporkan kementerian didakwa mempercepat pelaksanaan cukai pelancongan dalam usaha untuk mengatasi defisit sebanyak RM250 juta yang ditanggung Lembaga Pelancongan Malaysia.
Akhbar Cina itu juga memetik sumber melaporkan Lembaga Pelancongan Malaysia gagal merancang perbelanjaan dengan betul, terutamanya apabila ia mempromosikan pelancongan di negara seperti China dan Jepun.
Kekurangan dalam kewangan lembaga itu berterusan sejak 2 tahun lalu, katanya.
Menggambarkan perbelanjaan lembaga “seperti air”, akhbar itu melaporkan Kerajaan persekutuan tidak mahu menanggung bil RM250 juta.
Cukai pelancongan akan menyaksikan pelancong tempatan dan antarabangsa membayar levi kepada pengusaha premis penginapan berdaftar.
Cukai untuk setiap bilik bagi penginapan semalaman untuk hotel tidak bertaraf adalah RM2.50, sementara cukai untuk hotel 2 bintang akan menjadi RM5; 3 bintang, RM10; 4 bintang, RM15; dan 5 bintang, RM20.
Bulan lalu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata rakyat tempatan yang tinggal di hotel 3 bintang dan ke bawah mungkin dikecualikan membayar cukai pelancongan.
Nazri berkata Malaysia perlu meningkatkan usaha promosi pelancongan kerana negara jiran juga menarik ramai pelancong.
“Jika kita tidak mempromosikan kita akan menghadapi masalah kerana rakyat akan pergi ke Thailand, Indonesia dan juga Myanmar.”
Laporan: Cukai hotel untuk tampung defisit RM250 juta Tourism Malaysia