
Beliau berkata, ini susulan dakwaan Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA) dan Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera (PBB) yang sebuah syarikat pelancongan di sini mengambil pemandu pelancong China secara haram.
“Namun, setelah siasatan dibuat, didapati syarikat tersebut beroperasi secara sah mengikut Akta Industri Pelancongan 1992,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, dakwaan 2 persatuan tersebut menyebabkan pemandu pelancong China itu terpaksa meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum ketibaan sekumpulan pelancong China di bawah kendaliannya kerana ketakutan.
“Tindakan mereka memberi imej negatif kepada pelancong China yang baru tiba itu kerana mereka terkandas selama 2 jam di lapangan terbang,” katanya.
Beliau berkata, pejabatnya turut menerima banyak aduan berhubung STGA dan PBB daripada syarikat pelancongan, terutama dari China dan Korea sehingga mengakibatkan pembatalan kunjungan pelancong dari negara tersebut.