
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, siasatan itu akan dimulakan dengan memanggil beberapa individu penting, termasuk yang pernah disiasat berhubung Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebelum ini.
“Kita sedang menganalisis keperluan untuk memanggil saksi-saksi, termasuk yang pernah dipanggil untuk kes FGV bagi membantu siasatan di bawah kes FIC ini.
“Berapa ramai individu atau siapa yang akan dipanggil, kita tengoklah nanti…buat masa ini, kita tidak boleh dedahkan lagi,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri SPRM bersama penduduk kaum India di Kapar, hari ini.
Beliau diminta mengulas perkembangan siasatan SPRM terhadap isu pembelian hotel tersebut.
SPRM dalam kenyataan semalam berkata, suruhanjaya itu membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel itu antara 2013 dan 2015.
Jelas Dzulkifli, siasatan itu bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel tersebut.