
Bekas penyanyi kumpulan Wings dan pelakon filem “Sembilu” itu dipetik laman rasmi PAS, Harakahdaily sebagai mengajak orang ramai “menegakkan syiar Islam”.
“Kita akan bersama-sama untuk mengembali, menyemarakkan semula dan menegakkan semula apa yang kita laungkan mengenai syiar Islam.
“Kita tidak akan selama-lamanya menongkat langit dan rasa beruntung juga kita berkawan dengan orang-orang yang baik,” katanya pada program berkenaan yang turut dihadiri exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Meranti, Nusuruddin Daud.
Awie terlibat mewakili kelab motosikal Wings Motor Gangs Society (WMGS), dalam program yang dimuatkan sempena Kelantan International Bike Week 2017 yang berakhir Sabtu lalu.
Dalam kunjungan ke Maahad Tahfiz Darul Ulum di Kampung Meranti, Pasir Mas, Awie meluahkan kegembiraan dengan kelainan daripada pertunjukan nasyid yang biasa dipersembahkan pelajar sekolah tahfiz.
“Dalam banyak maahad tahfiz yang kita pergi, tiada persembahan dikir barat cuma ada nasyid. Syabas kepada Maahad Tahfiz Darul Ulum Meranti,” katanya.