
“Walaupun dah mencapai matlamat, kita akan teruskan program ini, semoga lebih ramai dapat menunaikan Rukun Islam ke-5 ini, Insya Allah,” tulis Najib di Facebook beliau, hari ini.
Perdana menteri turut melahirkan rasa syukur apabila impian kerajaan membawa ramai pemimpin peringkat akar umbi untuk menunaikan ibadah haji tercapai.
Katanya, golongan akar umbi ini seperti imam, bilal, kakitangan kerajaan, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pesara guru banyak menyumbang kepada masyarakat, tetapi kurang berkemampuan.
Bagi Program Khas Haji Perdana Menteri 2017, seramai 1,100 orang dari seluruh negara berpeluang menunaikan ibadah haji musim ini.
Mengikut rekod, seramai 111 orang pada 2011 dan 400 orang (2012), 776 orang (2013), 984 orang (2014), 1,181 orang (2015) dan 1,090 orang pada 2016 berpeluang menunaikan ibadah haji menerusi program berkenaan.