Tawfik bodoh, bebal, tak pandai agama, kata Ibrahim Ali

Tawfik bodoh, bebal, tak pandai agama, kata Ibrahim Ali

Ibrahim Ali enggan menjawab soalan yang disifatkan sebagai membuang masa.

Ibrahim_ali2
KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menyelar tindakan aktivis Tawfik Ismail yang mengajukan soalan khusus kepadanya berhubung hukum solat atas sejadah yang dihasilkan seorang homoseksual.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu menyifatkan soalan Tawfik seperti orang tidak pandai agama dan bodoh.

“Ini soalan orang bodoh seolah-olah tak reti agama, tak belajar agama. Jadi kalau tidak reti agama, tak usah tanya soalan dari segi agama.

“Jangan buang masa saya. Saya tidak perlu melayan orang yang sudah berumur tetapi tidak reti agama, bebal,” katanya kepada FMT di ibu pejabat Perkasa di Jalan Datuk Haji Eusof.

Ibrahim hari ini diajukan soalan oleh Tawfik selepas pertubuhan Melayu itu Ahad lalu menggesa syarikat yang menyokong hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diboikot.

Ia susulan pelbagai komen di sosial media yang memetik kenyataan Pengerusi Starbucks Howard Shultz beberapa tahun lalu.

“Jika dapat dibuktikan sejadah Ibrahim Ali ditenun oleh seorang gay, adakah solatnya tidak sah?” soal Tawfik.

Beliau menambah Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook juga menyokong hak LGBT, dan mempersoalkan sama ada pengguna barangan Apple beragama Islam perlu memulangkan alat masing-masing.

Tawfik mengakui Perkasa mungkin hanya bertindak sebagai sebuah kumpulan yang menekankan hak orang Melayu, tetapi hasilnya mungkin lebih ramai “bersimpati” dengan syarikat terbabit dan peningkatan pelanggan yang akan menunjukkan bantahan orang terhadap Perkasa.

Menjawab perkara itu, Ibrahim menegaskan dirinya berhak membawa isu berkaitan Melayu dan Islam. Beliau sempat membidas Tawfik sebagai perosak pemikiran orang Melayu.

“Yang jahanamkan Melayu ialah dia dengan pandangan liberal dia. Saya tak minum arak, dan saya ada hak untuk cakap mengenai Islam.

“Bodohnya…saya tak terfikir Tawfik sebodoh itu. Bapa cerdik, anak bodoh,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=S0Vrkc3Tz4w

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.