Jepun tahan 10 rakyat Malaysia seludup 100kg jongkong emas

Jepun tahan 10 rakyat Malaysia seludup 100kg jongkong emas

Pegawai kastam menjumpai jongkong emas lebih 500 juta yen (RM19.1 juta) disembunyikan di dalam baju 10 rakyat Malaysia itu yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, April lalu.

goldba
PETALING JAYA:
Sepuluh warganegara Malaysia ditahan di Jepun kerana dikesan menyeludup lebih 100kg jongkong emas pada April lalu.

Portal berita Jepun, Japan Today melaporkan pegawai kastam menjumpai jongkong emas bernilai lebih 500 juta yen (RM19.1 juta) disembunyikan di dalam baju 10 rakyat Malaysia itu yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Kumpulan rakyat Malaysia itu dilaporkan tidak mengisytiharkan emas yang dibawa mereka dan melanggar cukai penggunaan dan undang-undang kastam negara itu.

Japan Today melaporkan kes penyeludupan emas semakin meningkat sejak Jepun menaikkan cukai penggunaan daripada 5% kepada 8% pada 2014.

Kebanyakan kes itu membabitkan penumpang berlepas dari Hong Kong dan Korea Selatan.

Pegawai penyiasat negara itu tidak menolak kemungkinan penjenayah menyeludup jongkong emas dari Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.