Zahid: Tempoh pohon E-Kad tidak akan dilanjut

Zahid: Tempoh pohon E-Kad tidak akan dilanjut

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia tidak menyekat pekerja-pekerja asing untuk mencari rezeki yang halal tetapi mereka perlu bertanggungjawab.

zahid-hamidi_pekerja-asing_6new_008
PUTRAJAYA:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh permohonan kad sementara (E-Kad) untuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Timbalan perdana menteri berkata, tindakan tegas kini menanti PATI dan mereka yang menggaji mereka.

“Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali telah melakukan beberapa kali amaran dan saya tak fikir amaran harus dilakukan lagi walaupun hanya 23% daripada PATI telah memohon E-Kad.

“Tindakan tegas Akta Imigresen terpaksa dilakukan,” katanya pada sidang medianya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka di sini, hai ini.

Semalam, Mustafar menyatakan kedegilan majikan untuk tampil membuat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan E-Kad tidak mencapai matlamat seperti disasarkan.

Beliau berkata hanya 23% atau 161,056 PATI didaftarkan sehingga 10 malam tadi iaitu 2 jam sebelum tempoh akhir pendaftaran tamat pada 12 tengah malam.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia tidak menyekat pekerja-pekerja asing untuk mencari rezeki yang halal.

“Dan kita tidak menyalahkan sesiapa, majikan harus bertanggungjawab, pekerja juga harus bertanggungjawab jika mereka mengetahui mereka tidak mempunyai visa bekerja.

“Kita memberikan tempoh yang secukupnya kepada mereka,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.