Gerabak kereta api kargo tergelincir di Johor

Gerabak kereta api kargo tergelincir di Johor

Jurucakap KTMB berkata, kereta api kargo yang membawa 31 kontena itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Johor ke Pasir Gudang dan tergelincir disebabkan roda terkeluar dari landasan.

Gambar hiasan
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU:
Sebuah gerabak kereta api kargo yang membawa muatan tergelincir dari landasan berdekatan Jalan Pekeliling, dekat Pasir Gudang, tengah hari tadi sehingga menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata, dalam kejadian 12 tengah hari tadi, kereta api kargo yang membawa 31 kontena itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Johor ke Pasir Gudang.

“Hanya satu sahaja gerabak tergelincir disebabkan rodanya terkeluar dari landasan. Bagaimanapun, tren itu sudah kembali bergerak pada 2.10 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Namun, kerja pembaikan di landasan masih dijalankan.

Beliau berkata, jalan yang terjejas sudah dibuka semula kepada lalu lintas dan KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.