
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, ketika ini terdapat perubahan terhadap sokongan kumpulan itu kepada Umno, terutama dalam kalangan orang muda dari Kelantan yang menetap di luar negeri itu serta mahasiswa.
“Sudah ramai yang sedar dan mahukan perubahan di negeri ini. Mereka faham mengenai pembangunan di Kelantan kerana mereka terdiri daripada kalangan cerdik pandai juga.
“Setakat ini, sokongan kuat daripada golongan ini memberi kekuatan kepada Umno,” katanya pada majlis Mesra Aidilfitri Orang Parlimen Ketereh di kediamannya di Bukit Marak hari ini.
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh yakin pengundi luar daripada golongan orang muda mampu membawa perubahan pada PRU14.