Caltex bertegas tamatkan kontrak pengusaha stesen minyak adalah haknya

Caltex bertegas tamatkan kontrak pengusaha stesen minyak adalah haknya

Syarikat itu berkata peruncit selama ini menolak pelbagai usaha dan jalan baik menyelesaikan masalah tetapi enggan menjelaskan lanjut.

Fauziah-Ahmad-Fadzil_caltex_600
KUALA LUMPUR: Chevron Malaysia yang memiliki stesen Caltex seluruh negara akhirnya mendedahkan sebab utama pihaknya menamatkan kontrak peruncitnya.

Ia menjelaskan penamatan itu hanya melibatkan 6 pengusaha stesen minyak Caltex dan bukannya 15.

Sebelum ini sekumpulan 15 peruncit mendakwa mereka tidak jelas dengan notis penutupan operasi mereka pada 30 Jun dan berkata kira-kira 200 orang akan akan hilang pekerjaan.

Dalam kenyataannya kepada FMT, Chevron menjelaskan sekumpulan peruncit mengemukakan tuntutan di mahkamah terhadapnya pada 2008, dan keputusan dibuat pada penghujung 2016.

Syarikat itu juga menafikan ia tidak melayan pertanyaan peruncit:

“Sepanjang tahun, Chevron membuat pelbagai usaha untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik tetapi ditolak oleh mereka.

“Oleh itu, Chevron tidak mempunyai pilihan untuk mempertahankan kedudukannya di mahkamah yang akhirnya membawa kepada keputusan Mahkamah Persekutuan menyokong kami.”

Chevron bagaimanapun tidak memberikan butiran jelas kes mahkamah tersebut mahupun sebab utama kontrak ditamatkan.

“Dalam kontrak, Chevron tidak diwajibkan secara sah untuk memberikan sebarang sebab untuk penamatan tersebut. Pendirian kami adalah kedua-dua pihak harus mematuhi dengan ketat peruntukan kontrak. ”

Berdasarkan perjanjian dengan peruncit, Chevron menambah “banyak faktor yang dipertimbangkan oleh syarikat ketika menilai apakah kontrak peruncit harus dilanjutkan atau dihentikan. Sebab-sebab penamatan setiap kontrak juga berbeza”.

Mengenai sama ada ia merancang untuk berjumpa peruncit yang terjejas, Chevron berkata ia “tidak dapat memenuhi” permintaan peruncit untuk penjelasan lanjut kerana di dalam kontrak ia tidak perlu berbuat demikian.

“Keputusan untuk menamatkan kontrak disampaikan dan proses penamatan dilakukan mengikut perjanjian kontrak antara kedua-dua pihak,” tambahnya.

Caltex mempunyai 420 stesen minyak di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.