
Perkara ini disahkan Ketua Polis Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor, ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam kejadian Ahad lepas, kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Exora, Perodua Myvi, Toyota Vios dan treler menyebabkan 8 orang daripada 2 keluarga terkorban, manakala seorang lagi cedera.
Nahas itu menyebabkan Proton Exora yang dinaiki 6 sekeluarga, terbakar sepenuhnya dan semua mangsa rentung.
Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi, iaitu Osman Mohamed Taip, 31, dan isterinya Rosniza Othman, 32, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah.