
Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Muhaymin Abdul Khalib yang mengendalikan prosiding itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang hari ini.
Majistret itu tiba di IPD Sepang pada jam 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan Proton Persona dan kelihatan meninggalkan perkarangan premis berkenaan setengah jam kemudian.
Perintah lanjutan reman dan pembebasan itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam 3 daripada 4 pelajar Uniten yang dibebaskan, Sukhdave Singh Kashmir Singh yang ditemui di luar IPD Sepang.
Ahli keluarga mahasiswa tersebut turut kelihatan di kawasan IPD Sepang dipercayai untuk bertemu dengan mereka yang ditahan di dalam lokap di situ.
Pada 2 Jun, 36 mahasiswa terdiri daripada 32 pelajar UPNM dan 4 pelajar Uniten direman 7 hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang mahasiswa UPNM dipercayai akibat didera dengan seterika wap.
Semua mereka berusia antara 20 dan 21 tahun.
Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain penuntut tahun ke-3 jurusan kejuruteraan elektrik UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan di situ oleh beberapa rakan.
36 ditahan dalam siasatan kematian pelajar universiti pertahanan