
The Gunners yang berhadapan dengan kecaman para peminat sepanjang musim ini ekoran prestasi hambar, menjulang kejuaraan hasil jaringan Alexis Sanchez dan Aaron Ramsey.
Aresenl mendahului perlawanan menerusi jaringan minit ke-4 oleh Sanchez. Chelsea, kendalian Antonio Conte, yang mengharapkan kejuaraan berganda menyamakan kedudukan menerusi Diego Costa pada minit ke-76 – lapan minit selepas Moses diarah keluar padang.
Arsenal menambah gol menerusi Ramsey pada minit ke-79.
Kemenangan ini turut menghadiahkan pengurus Arsenal, Arsene Wenger, 67, yang berada dalam tekanan ekoran kritikan penyokong pasukannya, kemenangan ke-7 Piala FA selaku pengendali The Gunners.
Arsenal mengakhiri musim ini dengan baik tetapi dilihat tidak cukup kerana hilang peluang untuk beraksi dalam kejohanan Liga Juara buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun.
Pasukan itu gagal berada dalam kedudukan 4 tangga teratas Liga Perdana Inggeris.