
Firza Husein dinamakan polis Jakarta sebagai suspek yang berkongsi kandungan lucah termasuk gambar bogelnya dalam perbualan WhatsApp dengan Rizieq Shihab, pemimpin FPI yang baru-baru ini giat menganjurkan perhimpunan menentang gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.
Gambar dan paparan skrin perbualan mereka tersebar di media sosial baru-baru ini.
Akhbar Jakarta Globe melaporkan polis memperoleh bukti mencukupi terhadap Firza selepas soal siasat selama 12 jam pada Selasa.
Polis juga mengambil kenyataan daripada pihak lain termasuk rakan Firza yang dikenali sebagai Emma, yang namanya turut disebut dalam perbualan WhatsApp itu.
Firza boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 6 tahun kerana menyebarkan bahan lucah.
Rizieq, yang kini menunaikan Umrah, sudah 2 kali mengabaikan saman polis.