DAP: Pesuruhjaya kanak-kanak perlu diberi kuasa, fungsi jelas

DAP: Pesuruhjaya kanak-kanak perlu diberi kuasa, fungsi jelas

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching bimbang pesuruhjaya kanak-kanak itu tidak akan mencapai matlamatnya tanpa pengkhususan kerja, kuasa dan fungsi yang jelas.

teo-nie-ching_child_600
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menyarankan pesuruhjaya kanak-kanak diberikan pengkhususan kerja, kuasa dan fungsi yang jelas bagi mencapai objektif untuk melindungi golongan itu daripada jenayah seksual.

Tanpa 3 perkara itu, wakil rakyat DAP itu bimbang pesuruhjaya terbabit tidak akan mencapai matlamatnya seperti Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak.

“Kalau tidak, saya nak minta dia jelaskan kerana telah ada Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak.

“Apa pencapaian majlis tersebut? Kerana majlis yang sedia ada ini apa-apa pencapaian pun tidak ada, bagaimana kita nak memastikan pesuruhjaya kanak-kanak ini akan berjaya?

“Kalau kita tengok Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Saya rasa salah satu suruhanjaya yang sangat terkenal, tetapi mereka pun tak ada kuasa,” katanya ketika dihubungi FMT.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pesuruhjaya kanak-kanak perlu diwujudkan bagi membantu, menyelaras dan mengkaji semua undang-undang berkaitan jenayah seksual kanak-kanak.

Beliau berkata, pesuruhjaya itu yang akan bergerak secara bebas, bukan sahaja mengkaji undang-undang tetapi juga dari segi elemen dan dasar sesuatu undang-undang itu terhadap jenayah seksual kanak-kanak.

Katanya, keperluan untuk mewujudkan pesuruhjaya kanak-kanak ini akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan, hasil tinjauannya ke atas Mahkamah Kanak-kanak di India dan United Kingdom.

Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak ditubuhkan sejajar Subseksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang ditandatangani Malaysia pada 1995.

Azalina: Cadangan wujud pesuruhjaya kanak-kanak dibentang minggu depan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.