Hadi tak suruh anaknya bertanding ketua Pemuda

Hadi tak suruh anaknya bertanding ketua Pemuda

Hadi berkata keputusan itu dibuat oleh akar umbi bagi memilih anak sulungnya menerajui sayap Pemuda

hadi-khalil
ALOR SETAR:
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memilih anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019.

Sebaliknya, Hadi berkata keputusan itu dibuat oleh akar umbi bagi memilih anak sulungnya menerajui sayap Pemuda.

“Saya tidak calonkan dia, saya tidak minta dia atau ahli keluarga saya bertanding, apa yang berlaku ini adalah pencalonan dari akar umbi.

“Terpulang kepada ahli parti melantik sesiapa yang mereka mahu,” katanya dalam sidang media selepas ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah.

Khalil sebelum ini memegang jawatan timbalan ketua Pemuda, menggantikan bekas ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baharu pada pemilihan kali ini.

Hadi berkata, walaupun beliau tidak minta anaknya bertanding jawatan dalam parti, namun sebagai bapa beliau mahu melihat Khalil mengikut jejaknya berjuang dalam PAS.

“Semua orang mahu anak mereka mengikut perjuangan mereka,” katanya.

Anak Hadi secara rasmi ketua Pemuda PAS baharu

Kepimpinan baharu Pemuda PAS bukan hanya ‘geng ustaz’

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.