PAS: Tak perlu berundur dari Selangor jika putus dengan PKR

PAS: Tak perlu berundur dari Selangor jika putus dengan PKR

Ketua Pemuda PAS berkata parti itu tak perlu ikut telunjuk PKR yang mempunyai bilangan kerusi lebih sedikit.

Muhammad-Khalil-Abdul-Hadi-pas
ALOR SETAR:
Ketua Pemuda PAS yang baharu, Muhammad Khalil Abdul Hadi hari ini menolak gesaan PKR supaya exco PAS dalam kerajaan Selangor meletak jawatan sekiranya kedua-dua parti itu putus hubungan.

Khalid berkata PAS tidak perlu mengikut telunjuk pemimpin PKR, sambil berkata kuasa melantik exco Selangor bukan terletak pada PKR.

“PKR tidak melantik exco PAS di Selangor dan tidak ada sebab PAS untuk mengikut telunjuk pemimpin PKR.

“Exco PAS di Selangor tidak perlu letak jawatan dan exco PAS tidak dilantik oleh PKR, tidak dilantik oleh DAP,” katanya kepada wartawan selepas selesai Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah.

Muktamar itu diadakan bersama sayap Muslimat dan Ulama, dan akan disusuli dengan muktamar utama mulai esok.

Khalil berkata PKR mempunyai kerusi lebih sedikit berbanding PAS di Selangor.

“Secara faktanya kerusi PKR lebih sedikit dari kerusi PAS di Selangor. Exco PAS mesti teruskan tugas mereka untuk rakyat, masing-masing bekerja untuk rakyat bukan untuk parti semata,” katanya.

Khalil yang menggantikan Nik Abduh Nik Aziz sebagai ketua Pemuda mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini, yang menggesa exco PAS dalam kerajaan Selangor meletak jawatan sekiranya muktamar membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR.

Saifuddin berkata tidak masuk akal sekiranya PAS yang sudah pun memutuskan hubungan dengan DAP, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.

Kedua-dua Dewan Ulama dan Pemuda meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR.

Pemuda PAS lulus usul ‘cerai talak 3’ dengan PKR

Jika putus, sila berundur dari Selangor, PKR beritahu PAS

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.