Produk ‘Pure Stevia’ didapati palsu

Produk ‘Pure Stevia’ didapati palsu

KKM dapati sampel jenama PURE STEVIA keluaran syarikat VJS Cosmo Ent tidak mengandungi stevia

stevia
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk semula artikel bertajuk “Awas Stevia Palsu” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian bertarikh 27 Mac 2017.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemantauan ke atas produk stevia di pasaran.

Hasil pemantauan mendapati satu sampel jenama Pure Stevia keluaran syarikat VJS Cosmo Ent tidak mengandungi stevia.

Sehubungan itu, KKM mengarahkan syarikat terlibat memanggil balik produk tersebut dari pasaran dan tindakan mahkamah akan di ambil ke atas syarikat berkenaan di bawah Akta Makanan 1983.

KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk stevia dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil serta pengguna akan dimaklumkan.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.