
Pemilik restoran tersebut, Salinah Asarulah Khan berkata, sokongan ini diberikan memandangkan skuad Negeri Sembilan sudah lama tidak mara hingga ke peringkat itu.
“Sambutan hari ini memang hangat dan tidak dijangka, kita sediakan 100 roti canai bermula 10 pagi dan semua habis terjual kira-kira 1.30 tengah hari tadi.
“Kami mungkin akan menjalankan jualan roti canai khas ini lagi selepas perlawanan seterusnya. Namun kuantiti roti canai itu mungkin mengikut jumlah jaringan gol yang akan dijaringkan pasukan ini nanti dan digandakan dengan 100 keping,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Skuad Rusa berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 1-0 hasil jaringan di tempat lawan pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2017 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah 1 April lepas dan aksi kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi semalam berakhir seri tanpa jaringan.
Salinah berkata, beliau dan suami mendapat idea menjual roti canai dengan separuh harga ini ketika sedang menguli doh roti tersebut sambil menonton perlawanan suku akhir Piala FA di rumahnya malam tadi.
“Saya berbincang dengan suami untuk memberikan tanda sokongan kepada Skuad Hobin Jang Hobin ini dengan membuat kelainan dalam jualan roti canai kami.
“Kami memutuskan untuk meletakkan warna pada doh roti canai ini iaitu warna kuning dan merah sebagai simbolik warna bendera Negeri Sembilan.