
“Ayatullah Khomeini tidak berdepan tuduhan jenayah seperti pengubahan wang haram,” kata Zaid merujuk tokoh Iran itu, selepas Ibrahim berkata Malaysia berhak melindungi Zakir seperti mana kerajaan Perancis pernah memberikan suaka politik kepada Khomeini.
Pada 1978, Khomeini, yang memimpin Revolusi Islam Iran yang menggulingkan kerajaan Shah pada tahun berikutnya, diberikan suaka politik oleh kerajaan Perancis.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Zakir, yang dikehendaki pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang haram dan mempromosi kebencian antara agama, dikurniakan status PR 5 tahun dulu.
Zaid berkata perbandingan yang dibuat Ibrahim tidak kena.
“Khomeini juga tidak pernah menuduh agama lain tidak berguna dan tidak membuat ucapan menghasut, beliau hanya menentang Shah,” kata Zaid.
Hujung minggu lalu, Zakir ketika menghadiri majlis anjuran Perkasa, mendakwa beliau akan diseksa jika beliau kembali ke India, dan mencadangkan beliau disoal siasat menerusi kaedah tele-sidang seperti Skype.
Seperti Perancis lindungi Khomeini, hak Malaysia lindungi Zakir, kata Perkasa