
Beliau berkata dalam menjalankan siasatan, sesiapa sahaja boleh dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk bekas menteri itu.
“Kita akan lihat keperluan, kalau perlu, kita panggil dan kalau tidak, tidak perlu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (BP) peringkat kerajaan negeri Johor yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama-sama 9 Exco di Pejabat Menteri Besar hari ini.
Sebelum ini, Shafie menyatakan kesediaannya disiasat SPRM berhubung isu berkenaan.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki memberitahu sebanyak 24 individu dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan kes terbabit.
Katanya, pihaknya turut menjalankan siasatan meliputi lebih 7 premis termasuk pejabat Mara Inc, pejabat peguam serta pejabat penilai hartanah selepas memperoleh maklumat baharu yang berkaitan dengan pembelian hartanah berkenaan.
Azam turut berkata sehingga penghujung tahun ini, siasatan belum tentu selesai kerana akan mengambil masa yang lama apabila melibatkan pihak di luar negara.
SPRM panggil 24 individu berhubung pembelian pangsapuri di Australia