PAS tanding 80 kerusi Parlimen belum muktamad

PAS tanding 80 kerusi Parlimen belum muktamad

Kenyataan tersebut diberi secara umum dan masih belum spesifik kerana untuk bertanding kita mesti ada kekuatan, kata Menteri Besar Kelantan.

yakob
PUTRAJAYA:
Kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad parti itu menyasarkan untuk bertanding 80 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 masih di peringkat awal dan belum dimuktamadkan, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

“Kenyataan tersebut diberi secara umum dan masih belum spesifik kerana untuk bertanding kita mesti ada kekuatan.

“Kita akan terus melihat perkembangan-perkembangan lain di akhir nanti,” katanya ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini hari ini.

Mengenai hubungan PAS dan PKR, Ahmad berkata, perkara tersebut akan diputuskan dalam Muktamar PAS akan datang.

“Terpulang kepada pihak perwakilan ketika muktamar nanti,” katanya.

Mengulas desakan PAS untuk pembatalan lesen akhbar Nanyang Siang Pau yang memaparkan karikatur menghina Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Ahmad berkata, ia adalah wajar.

PRU14: PAS tanding 80 kerusi Parlimen, 7 di Wilayah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.