
Pada sidang akhbar di sini hari ini, Ahmad Zainudin Drahman yang memangku tugas pengarah KDRM Sarawak berkata, kerja penggalian dan pemindahan itu dimulakan pagi tadi dengan dipantau pegawai Pejabat Veterinar Sibu.
Menurut beliau, tanah dan sisa kepak ayam yang tertinggal disembur dengan calcium hyperchloride dan sodium hyperchloride untuk menyahkan bakteria sebelum dipindahkan ke tapak pelupusan sampah itu.
Katanya, sebanyak 81,500kg kepak ayam dari Belanda itu dirampas pasukan penguat kuasa dari Putrajaya pada 23 Februari lalu di Lembaga Pelabuhan Rajang kerana tiada permit import.
Nilai kepak ayam terlibat dianggarkan RM543,756 dengan duti import RM108,751.20.
Penduduk setempat yang mendengar berita pelupusan diuruskan KDRM Putrajaya itu bertindak menggali kepak ayam beku pada Selasa lalu untuk kegunaan sendiri dan dijual.
Ini menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kesihatan dalam kalangan pengguna yang memakan kepak ayam tersebut.