Selangor mungkin beri cuti 3 hari jaga anak, ibu bapa sakit

Selangor mungkin beri cuti 3 hari jaga anak, ibu bapa sakit

Ia dicadangkan Adun Teratai dan Adun Damansara Utama ketika sesi perbahasan pada sidang DUN kali ini.

daroyah-alwi
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor sedang mempertimbangkan dan mengkaji balik untuk memberikan cuti kepada kakitangan mereka yang ingin menjaga anak atau ibu bapa sedang sakit.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Dr Daroyah Alwi berkata cadangan Adun Teratai Tiew Way Keng dan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin pada sesi perbahasan sebelum ini sangat baik.

“Adun Teratai dan Damansara Utama mencadangkan cuti 3 hari untuk menjaga anak atau ibu bapa yang sakit. Saya mengucapkan terima kasih atas cadangan baik ini.

“Kerajaan negeri akan mempertimbangkan dan memikirkan bagaimana mekanisme ini dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang DUN Selangor hari ini.

Sementara itu, Daroyah turut menjelaskan Skim Peduli Sihat yang dijalankan kerajaan negeri tidak sama dengan Klinik 1Malaysia oleh kerajaan persekutuan.

“Skim Peduli Sihat mempunyai pelbagai kelengkapan dan rawatan seperti x-ray, pemeriksaan doktor bertauliah dan lain-lain,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.