
Juruteranya, Haslina Mohd Isa berkata, gambar jambatan yang ditularkan itu sebenarnya adalah sebuah jambatan yang sedang dibina di sebuah kampung berhampiran.
Beliau berkata, pemeriksaan di ketiga-tiga jambatan di Segari, iaitu Jambatan Sitiawan, Jambatan Raja Permaisuri Bainun dan Jambatan Semalon mendapati semuanya tidak mengalami sebarang keretakan dan selamat digunakan.
“Ini (penyebaran) adalah tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menimbulkan kerisauan penduduk dan pengguna yang melalui jambatan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sabtu lalu, Jambatan Sitiawan dalam gambar yang tular itu dikatakan retak sehingga membahayakan dinding jambatan itu dan menimbulkan kerisauan kepada pengguna jalan raya.