
Perunding utama JK Associates, Khen Han Ming berkata, satu aspek penting dalam kajian semula itu ialah penempatan pegawai gudang senjata.
Gesaan itu susulan laporan kehilangan 26 laras senapang patah milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) pada awal bulan ini.
Ahad lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, 11 daripada 26 senjata api yang hilang itu sudah ditemui dengan 12 individu berusia 40 hingga 60 tahun turut ditahan di utara tanah air, termasuk seorang anggota Rela yang disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan senjata api jabatan itu.
Khalid berkata, polis akan melakukan beberapa lagi tangkapan di Selangor bagi mengesan 15 senjata api yang masih hilang.
Khen berkata, insiden itu menimbulkan persoalan terhadap jumlah sebenar senjata api yang dicuri atau hilang selama ini serta integriti pegawai bertanggungjawab bagi gudang senjata.
Katanya, rasuah mungkin satu daripada faktornya, tetapi pegawai gudang senjata mungkin leka.
“Apabila pegawai jabatan gudang senjata terlalu lama melakukan kerja sama, tahap kepuasan hati mereka boleh menjadi satu isu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, pihak berkuasa perlu mengetahui bagaimana, bila dan dari mana senapang patah dicuri.
Katanya, kehilangan senjata api itu hanya terbongkar selepas Unit Penguatkuasa Lesen Senjata Api Agensi Kerajaan, Urus Setia Ketua Polis Negara (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, melakukan pemeriksaan dan audit di Pusat Latihan Rela, Wilayah Utara (PLRWU) di Sungai Petani, Kedah.
“Pihak berkuasa perlu mengkaji jurang sedia ada dari segi dasar dan prosedur lapuk dan meningkatkan kekerapan pemeriksaan gudang senjata serta percanggahan alamat.”
Beliau berkata, seseorang tidak boleh menolak kemungkinan senjata api hilang mungkin digunakan dalam kegiatan jenayah atau keganasan.
“Ini terbukti dalam kes keganasan senjata di Amerika Syarikat, di mana beribu senjata api dilaporkan hilang setiap tahun.
“Di Malaysia, keganasan senjata turut berlaku dengan penggunaan senjata atau senapang curi, dibeli secara haram atau sewa dari pasaran gelap.”
44 senapang patah Rela hilang KDN tidak tolak kaitan pengganas