
Perintah reman 5 hari itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di sini hari ini.
Lelaki itu yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi pegawai SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pada kira-kira 10.30 pagi.
Lelaki berusia 70 tahun itu yang juga seorang ahli perniagaan ditahan SPRM pada kira-kira 8.30 malam tadi di sini.
Menurut sumber, perbuatan lelaki itu dipercayai mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan sejak beberapa tahun lepas.
Beliau dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan itu kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga asal tanpa melalui proses dan tatacara yang telah ditetapkan anak syarikat yayasan berkenaan.
Selain itu, lelaki itu yang merupakan pemegang amanah dan pengarah dalam anak syarikat yayasan itu disyaki membuat keputusan untuk menjual tanah berkenaan tanpa pengetahuan ahli Lembaga Pengarah anak syarikat yayasan.
Beliau dipercayai akan mendapat sekurang-kurangnya 1% daripada nilai tanah yang dijual sebagai habuan.