
Usul yang lebih dikenali sebagai RUU 355 itu bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan.
Ketika ini, Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman penjara maksimum 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 sebatan.
Hadi pertama kali membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu, selepas kerajaan membenarkan ia mendahului RUU kerajaan.
Hadi bagaimanapun menangguhkan perbahasan RUU 355 dan membentangkan versi disemak semula pada November 2016 selepas ia sekali lagi dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat.
RUU Hadi sebelum ini disenaraikan perkara ke-7 aturan urusan mesyuarat apabila Dewan Rakyat bersidang semula pada 7 Mac lalu.