Komposer Johan Nawawi meninggal dunia

Komposer Johan Nawawi meninggal dunia

Banyak lagu gubahannya menjadi popular, dan kebanyakannya dihasilkan untuk nyanyian isterinya, penyanyi terkenal Nora.

Johan-Nawawi_DIE_600
PETALING JAYA:
Komposer terkenal Johan Nawawi, 52, yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin, meninggal dunia pagi ini.

Nora yang mengesahkan berita itu melalui kiriman mesej berkata suaminya meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya, lapor The Star.

Anak lelaki pasangan itu, Mohd Syakir Alif berkata ayahnya meninggal dunia kerana serangan jantung.

Sepanjang kariernya, Johan banyak menghasilkan lagu, termasuk lagu yang dinyanyikan isterinya, termasuk lagu Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Tunku dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di sana selepas solat Jumaat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.