Rajnikanth jadi duta baru Melaka?

Rajnikanth jadi duta baru Melaka?

Shah Rukh Khan dilantik sebagai duta pelancongan Melaka pada 2008, tetapi seorang ahli Parlimen mendakwa pelakon Bollywood itu tidak berkesan dalam menarik pelancong India ke negeri itu.

Nazri-Abdul-Aziz_kabali
KUALA LUMPUR:
Legenda filem Tamil, Rajnikanth mungkin dilantik sebagai duta pelancongan Melaka bagi menarik kedatangan pelancong India, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

“Saya akan berhubung dengan beliau dan cuba mendapat persetujuan beliau menjadi duta kita,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu ketika menggulung ucapan kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Sim Tong Him (Bebas-Kota Melaka) mencadangkan pelantikan Rajnikanth sebagai duta baru bagi menarik pelancong India ke Melaka.

Beliau mendakwa pelantikan pelakon terkenal Hollywood, Datuk Shah Rukh Khan sebagai duta pelancongan Melaka pada 2004 tidak berkesan dalam meningkatkan industri pelancongan negeri itu.

“Beliau (Shah Rukh Khan) tidak begitu berkesan. Apa pandangan anda jika kita melantik Rajnikanth yang berlakon dalam Kabali,” soal Sim.

Rajnikanth memegang watak samseng (Don) yang dikenali sebagai Kabaliswaran dalam filem ke-159 beliau.

Selain India, penggambaran filem itu turut dilakukan di Malaysia.

Kabali mula ditayangkan di seluruh dunia pada 22 Julai 2016 dan versi bahasa Malaysia dilancarkan di negara ini seminggu selepas itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.