Tarian singa di masjid dengan kerjasama tokong

Tarian singa di masjid dengan kerjasama tokong

Pasukan tarian singa itu dipelawa seorang tokoh agama tempatan bernama Abdul Razak bagi meraikan pernikahan anak lelakinya.

Tarian-Singa
PETALING JAYA: Sebuah pasukan tarian singa dipelawa melakukan persembahan di perkarangan sebuah masjid sempena majlis pernikahan sepasang mempelai di Tampin, semalam.

China Press melaporkan pasukan tarian singa itu dipelawa seorang tokoh agama tempatan bernama Abdul Razak bagi meraikan pernikahan anak lelakinya.

Menurut laporan akhbar itu, pertunjukan spontan itu bermula dengan majlis kerjasama sebuah tokong bernama Cheng Leong Keng yang terletak di hadapan masjid itu dengan Persatuan Tarian Singa dan Naga Wen Wei di Melaka.

Razak kemudiannya meminta sepasang singa itu ke kawasan lapang di perkarangan masjid berkenaan membuat persembahan dengan dipimpin presiden tokong terbabit, Datuk Wong Hian Chuan (terjemah) dan Presiden Persatuan Tarian Singa dan Naga Wen Wei, Hau Han Yong.

Suasana meriah dengan hadirin, khasnya kanak-kanak menyaksikan persembahan itu dengan ada yang meminta untuk bergambar bersama tarian singa berkenaan.

Wong berkata, ini julung kali beliau melihat tarian singa dipelawa ke perkarangan masjid untuk mengadakan persembahan dan ia menunjukkan orang Melayu sama sekali tidak ekstrem.

“Yang ekstrem ialah mereka yang tidak bertanggungjawab dan ahli politik yang hanya mementingkan agenda politik mereka.”

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.