
Hew, yang juga terkenal dengan panggilan “Superman” dan peminat komik, merupakan kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia yang bertempat di bangunan Komtar.
Beliau ditahan 3 anggota polis berpakaian biasa pada 1.20 petang, menurut pengurus muzium, Raymond Chong.
Hew, yang juga bekas pengerusi DAP Teluk Intan, memuat naik poster parodi filem Disney Beauty and the Beast. Bersertakan gambar Najib dan Rosmah, ia juga mengandungi ayat: “看不到beauty and the beast, 就看Jibbie and the b***h吧!” (“Tak dapat tonton Beauty and the Beast, jadi tontonlah Jibbie and the b***h!”).
Hew difahamkan akan dibawa ke Balai Polis Johor Jaya. Penangkapan itu dipercayai selepas laporan polis yang difailkan di balai berkenaan.
Kiriman parodi Hew itu dikongsi lebih 5,000 pengguna dengan lebih 700 komen.
Hew mengumumkan keluar DAP selepas kontroversi beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.