
Ini menjadikan 4 mayat ditemui setakat ini, manakala 3 lagi mangsa masih hilang.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata kedua-dua mangsa dikenali Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10, dan Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12.
Beliau berkata mayat Ikhwan ditemui pada 9.47 malam, manakala Aiman pula pada 10 malam ini.
“Mayat kedua-duanya ditemui berdekatan antara satu sama lain dan kami berharap tiga lagi mangsa yang masih hilang dapat ditemui.
“Operasi mencari 3 lagi mangsa yang masih hilang diteruskan sehingga kesemua mereka ditemui,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian
Mereka adalah antara 8 kanak-kanak yang dilaporkan memancing di sungai SKC berhampiran kelab golf Bukit Beruntung, sebelum 7 daripada mereka hanyut dibawa arus deras manakala seorang lagi terselamat.