
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul dipetik Bernama berkata, 4 daripada mangsa korban itu dikenali sebagai Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10; Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12; dan 2 beradik iaitu Shahrizat Abdullah, 12, serta Shahrizwan, 10.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R Supramaniam yang dipetik Berita Harian Online berkata, mangsa ke-5 ialah Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, yang ditemui kira-kira 300m dari lokasi kejadian pada jam 12.15 tengah malam.
Katanya, operasi mencari 2 mangsa hilang – Muhammad Aiman Kamarul, 12 dan Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11, dilakukan dalam radius 5km di Sungai SKC sehingga menghampiri Sungai Hulu Selangor.
Ketika kejadian, 8 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 1 sedang menangguk ikan di Sungai SKC dalam hujan, sebelum 7 daripada mereka hanyut dibawa arus deras dan Muhammad Shahir Azman, 7, berjaya menyelamatkan diri.