Nazri bidas tapisan filem secara keterlaluan

Nazri bidas tapisan filem secara keterlaluan

Menteri pelancongan dan kebudayaan berkata penapisan filem secara keterlaluan mendorong penonton mencari jalan menonton filem secara haram.

nazri-beautyandbeast2
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan penapisan filem sudah melampau dan orang ramai akan mencari jalan menonton filem secara haram jika tapisan dibuat secara keterlaluan.

Menteri pelancongan dan kebudayaan berkata demikian ketika ditanya mengenai kontroversi babak homoseksual yang dipotong Lembaga Penapisan Filem (LPF) dari filem “Beauty and the Beast”.

Pengedar filem The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd mengambil keputusan untuk menangguhkan penayangan bagi tempoh masa yang tidak pasti walaupun filem tanpa babak itu diluluskan untuk tayangan.

Nazri bersimpati dengan pihak yang menganggap rakyat mudah terpengaruh dengan filem, dan menambah: “Cukuplah. Saya tidak tahu bagaimana mereka cari masa untuk tonton dan periksa semua filem.”

“Kami cukup pandai untuk tidak percaya semua yang ditayangkan.

“Kalau kamu tidak benarkan mereka tonton filem nanti mereka akan tonton di komputer.

“Selepas itu apa? Haramkan komputer? Ini boleh mendorong mereka melakukan sesuatu yang haram,” kata menteri, dan menambah pihak berkuasa patut berhenti melayan rakyat seperti kanak-kanak.

Jika pihak berkuasa meneruskan langkah drastik seperti itu, ia hanya akan mengalakkan penonton menonton atau memuat turun filem secara haram atau mencari filem yang dilarang pihak berkuasa.

Olahan semula filem Disney yang dinanti-nantikan itu, dengan rating PG13, bermakna penonton berumur 13 tahun ke bawah harus ditemani ibu bapa, menyebabkan peminat berasa hampa dan marah apabila ia ditangguh dan mungkin tidak akan ditayangkan di panggung tempatan.

Bintang filem Emma Watson melakonkan watak Belle, Dan Steven sebagai Beast, Like Evans sebagai Gaston dan Josh Gad sebagai Le Fou, lelaki homoseksual itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.