
“Jumlah itu meningkat berbanding 414 pelajar semalam,” kata jabatan itu dalam kenyataan di sini.
Mereka terdiri daripada 225 pelajar Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah dan 115 pelajar dari Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR).
Turut dijangkiti virus itu ialah tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya, 82 pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan dan 13 pelajar di Kolej Vokasional Slim River.
Menurut kenyataan itu, seramai 304 pelajar berkenaan telah diisolasi di asrama manakala tiga pelajar diisolasi di wad hospital dan selebihnya berada di rumah masing-masing.
Sebanyak empat sampel pula didapati positif Influenza A (H3) dan enam sampel positif Influenza B.