PRU14: MIC turun 60% muka baharu

PRU14: MIC turun 60% muka baharu

Dr Subramaniam berkata MIC akan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lepas, selain menawan beberapa lagi kerusi.

subramaniam-mic
MELAKA:
MIC akan mempertaruhkan kira-kira 60% muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata 60% muka baharu itu melibatkan golongan muda, wanita dan mereka yang berpengalaman dalam politik.

“Kita membuat perubahan ini bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU akan datang terutamanya di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Tabung Pendidikan dan Kebajikan anjuran MIC Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Presiden MIC Melaka Datuk M.S Mahadevan.

Dr Subramaniam berkata MIC akan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lepas, selain menawan beberapa lagi kerusi.

Beliau berkata MIC dilihat semakin kukuh apabila kesemua anggota kini bersatu dah sudah melupakan pertelingkahan dalaman parti yang berlaku sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.