Banjir di Sarawak: 8 sekolah ditutup

Banjir di Sarawak: 8 sekolah ditutup

Seramai 710 murid dari 8 sekolah rendah di Limbang dan Miri terjejas.

banjir-sarawak
MIRI: Mangsa banjir di Limbang, Sarawak meningkat kepada 415 orang daripada 136 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Semalam, seramai 243 orang daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir di kawasan pedalaman Limbang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata, semua mangsa dari Rumah Panjang Asan, Kampung Semena dan Kampung Hujung Jalan.

“Mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Mendamit di Nanga Mendamit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 710 murid sekolah rendah dari 8 sekolah di Limbang dan Miri tidak meneruskan sesi persekolahan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.