Pendidik teater warga Amerika sangkal dakwaan serangan seksual

Pendidik teater warga Amerika sangkal dakwaan serangan seksual

Rey Buono merancang melantik peguam di Amerika Syarikat untuk melawan dakwaan tersebut.

REY-BUONO112
KUALA LUMPUR:
Pendidik seni pentas bersara warga Amerika menafikan dakwaan beliau melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak pada 1970-an dan 1980-an di sana.

Rey Buono melepaskan tugas di Malaysia dan di tempat lain secara cermat serta tanpa rekod buruk, kata peguamnya N Sivananthan, hari ini.

Sivananthan berkata dalam satu kenyataan yang Buono menafikan semua dakwaan dibuat terhadap beliau sebagaimana dilaporkan media.

Dilaporkan Buono dinamakan oleh Akademi Milton di Boston, Massachusettes, menyerang secara seksual 12 pelajar beliau semasa bekerja di sekolah seni pentas di antara 1973 dan 1987.

Buono terlibat dalam produksi teater Malaysia dan juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi.

Sivananthan berkata Buono menjadi pensyarah di Akademi Milton dan meninggalkan pada 1987.

Sejak itu, Sivananthan berkata, Buono pernah mengajar di pelbagai institusi di Singapura, Thailand dan Malaysia selama hampir 30 tahun dan “semasa tempoh itu tidak ada sebarang dakwaan salah laku seks terhadapnya”.

Sivananthan juga berkata:

Buono menyatakan siasatan dan penemuan dikatakan yang dilakukan entiti swasta dan mengesahkan tiada sebarang aduan jenayah difailkan terhadapnya;

Buono juga menyatakan insiden yang dikatakan itu nampaknya berlaku lebih 30 tahun lalu dan tidak ada aduan jenayah difailkan dan sepanjang pengetahuannya, tiada apa difailkan sehingga kini;

Buono terkejut dengan tuduhan ini yang nampaknya datang selepas entiti pihak ke-3 memulakan siasatan dan bukan disebabkan aduan jenayah oleh mana-mana mangsa yang dikatakan;

Buono menyatakan pelbagai institusi yang beliau bekerjasama dalam tempoh 30 tahun lepas adalah amat pemurah dalam komen mereka mengenai beliau; dan
Buono mengesahkan sepanjang tempoh pekerjaannya, beliau melaksanakan tugasnya secara cermat dan paling terbaik mengikut kemampuannya dan tanpa rekod buruk.

Sivananthan menyatakan mereka dalam proses mengambil peguam di Boston bagi menilai segala tuduhan ini.

Beliau berkata Buono kecewa dengan “tuduhan tidak berasas berasas” yang tersebar di seluruh media sosial walaupun pada hakikatnya tidak ada aduan jenayah difailkan.

“Anak guam saya kini dalam usia 70-an dan bersara selepas kerjaya yang panjang dan cemerlang dalam seni pentas dan berpendapat beliau tidak sepatutnya dicerca tanpa sebarang penyiasatan yang betul dan lebih penting tiada sebarang aduan jenayah dibuat terhadapnya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Akademi Milton dan tiada seorang pun dalam tempoh 30 tahun lalu.”

Para veteran teater tempatan juga terkejut apabila berita mengenai dakwaan itu timbul.

Mereka berkata tidak pernah mendengar sebarang dakwaan salah laku terhadap beliau di sini.

Ramai daripada mereka ingat mengenangnya sebagai seorang guru yang baik dan sangat profesional dalam kerjanya.

Pencari mangsa seks AS kini pensyarah di Malaysia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.