Kes Jong Nam: Isteri, anak suspek Korea Utara pindah

Kes Jong Nam: Isteri, anak suspek Korea Utara pindah

Sejak Ri Jong Chol ditahan Jumaat lalu, isterinya yang keluar bersama 2 anak mereka tidak lagi kelihatan sehingga semalam.

Ri-Jong-Chol
PETALING JAYA: Isteri suspek Korea Utara yang ditahan berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam minggu lalu berpindah serta-merta kerana dipercayai bimbang nyawa mereka terancam.

Menurut seorang jiran Ri Jong Chol yang dipetik China Press, sejak lelaki itu ditahan Jumaat lalu, isterinya yang keluar bersama 2 anak mereka tidak lagi kelihatan sehingga semalam.

Menurut wanita itu, lebih 10 anggota polis yang datang pada malam Jumaat lalu, menjerit dan mengetuk pintu rumah lelaki itu sekurang-kurangnya 30 minit.

Bagaimanapun, katanya, polis terpaksa memecah masuk ke unit di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur itu untuk menahan Ri kerana tiada orang membuka pintu.

Beliau berkata, Ri sekeluarga tidak menonjolkan diri dan akan bertegur sapa dengan jiran menggunakan bahasa Inggeris ringkas ketika terserempak.

Difahamkan, anak perempuan Ri sedang menuntut di Kolej Universiti SEGi.

Suspek Korea Utara pendiam dan penyendiri, kata jiran

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.