SPRM tahan 2 pegawai agama Johor disyaki rasuah

SPRM tahan 2 pegawai agama Johor disyaki rasuah

Mereka yang ditahan adalah ketua penolong pengarah dan penolong pegawai Bahagian Undang-undang Syariah.

macc-johor
JOHOR BAHRU:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan 2 pegawai kanan Jabatan Agama Islam Negeri (JAINJ) kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Seorang daripadanya ialah ketua penolong pengarah dan seorang lagi penolong pegawai Bahagian Undang-undang Syariah.

Kedua-dua lelaki berusia 55 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira 4.30 petang ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan dijalankan ke atas mereka.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-duanya menyalahgunakan kedudukan mereka di bahagian tersebut dengan meluluskan permit penganjuran kursus pra perkahwinan Islam tanpa melalui prosedur.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias yang mengesahkan tangkapan terbabit berkata kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapatkan permohonan reman.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.