Dr M terdesak tuduh Najib ‘tipu’, kata Salleh

Dr M terdesak tuduh Najib ‘tipu’, kata Salleh

Datuk Seri Salleh Said Keruak ketika mempertahankan perdana menteri berkata, Dr Mahathir Mohamad terdesak hingga terpaksa membangkitkan semula isu dari 1999.

salleh-keruak_mahathir_600_new
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menipu untuk memenangi kerusi Parlimen Pekan pada 1999.

Dr Mahathir membuat dakwaan itu ketika berucap pada satu himpunan anjuran partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Balik Pulau pada Sabtu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Dr Mahathir terdesak untuk mencari sesuatu bagi menunjukkan yang Najib tidak layak jadi perdana menteri.

Dr Mahathir dalam ucapannya berkata: “Najib akan menipu. Pada 1999, bila dia hampir kalah di Pekan, dia bawah Orang Asli dan tentera, dan mereka dipaksa sokong dia. Akhirnya dia menang dengan hanya 200 undi.”

Salleh berkata Dr Mahathir menunjukkan betapa terdesaknya dia dalam mencari isu ketika berucap dalam siri kempennya menentang Najib.

“Saya tidak pasti sama ada Malaysia akan ambil serius apa yang Dr Mahathir cakap sekarang ini. Contohnya, dia kata Lim Kit Siang tak boleh jadi perdana menteri kerana partinya kecil.

“Apa maksud Dr Mahathir, ‘kecil’? Dia cakap fasal keahlian? Jumlah ahli parti tidak diambil kira dalam menentukan siapa jadi PM. Berapa banyak kerusi parti anda menang di Parlimen, itu yang penting,” katanya.

Beliau berkata dakwaan tuduhan menipu di Pekan, kali pertama dibuat pembangkang, 18 tahun lalu.

“Tahun yang sama, ada banyak isu lain berkaitan Dr Mahathir yang dibangkitkan pembangkang. Ada tuduhan itu, lebih teruk lagi,” katanya kepada FMT.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin juga menolak tuduhan Dr Mahathir, berkata dakwaan itu tidak masuk akal kerana tidak ada orang yang boleh dipaksa untuk parti atau individu.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir memohon “maaf kepada semua orang” kerana beliau yang bertanggungjawab menyebabkan Najib memegang kuasa.

“Saya tidak tahu macam mana saya boleh tertipu. Tetapi saya selalu ditipu orang,” katanya.

Beliau mendakwa pentadbiran Najib akan memaksa pasukan tentera untuk menyokong Barisan Nasional.

“Kami minta tentera mengundi ikut kemahuan sendiri, bukan dipaksa sesiapa,” katanya.

Pada 1999, Najib berjaya kekal di Pekan selepas menewaskan calon PAS, Ramli Mohamed dengan majoriti 241 undi daripada 26,055 pengudi.

Najib kali pertama memenangi kerusi itu pada 1976 dan mempertahankannya hingga kini, kecuali pada tempoh antara 1982 dan 1986. Pada 1982, beliau bertanding di kerusi DUN dan dilantik sebagai menteri besar Pahang untuk 1 penggal.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.